Salam Dari Pengetua SMK Tronoh


Selamat datang ke SMK Tronoh, Perak, Malaysia. Kami menjemput anda untuk menjelajahi laman web sekolah kami untuk lebih maklum tentang budaya, sejarah, program dan warga sekolah ini.  

Sejak 41 tahun yang lepas, SMK Tronoh telah memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang berasal dari kawasan yang berhampiran dan berjaya membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kami akan meneruskan tradisi untuk mendidik semua pelajar hingga menjadi warga negara yang menghayati pembelajaran sepanjang hayat dan berbakti kepada masyarakat. 

Untuk mencapai matlamat ini, kami akan terus menjalankan program dan aktiviti untuk membantu setiap pelajar menyedari kelebihan dan bakat masing-masing dan berusaha membangunkan potensi mereka menjadi nyata dan konkrit.

Dalam aspeks ini, kami disokong oleh satu pasukan guru yang berkelayakan dan berkempentensi. Guru kami selalu berusaha mengadakan suasana pembelajaran yang mendorong pelajar mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam kurikulum bahkan dalam bidang kokurikulum. 

Semoga lawatan anda ke laman web kami akan menolong anda lebih memahami unsur-unsur yang menjadikan SMK Tronoh sekolah pilihan bagi ibu bapa di kawasan Tronoh.

Salam daripada saya,

Leong Sow Chew
Pengetua, SMK Tronoh, Perak