Sejarah Sekolah
Visi & Misi
Matlamat
Piagam Pelanggan
Pengetua
Lagu Sekolah
Logo Sekolah
Ikrar Pelajar
Hubungi kami
Takwim Sekolah
Majalah 2005

Piagam Pelanggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tronoh komited dan bertekad dalam merealisasikan Visi dan Misi sekolah. Kami akan memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan kami berdasarkan kepada piagam berikut.

MURID

  1. Murid akan ditempatkan di dalam kelas secepat mungkin selepas urusan pendaftaran dibuat
  2. Setiap pelajar akan diberikan perhatian dan layanan yang sama
  3. Memastikan pengajaran dan Pembelajaran mengikut jadual waktu
  4. Memastikan pembelajaran di dalam kelas akan bermula apabila guru dan pelajar telah bersedia
  5. Semua kerja pelajar akan disemak dengan teliti dalam jangka masa dua minggu
  6. Pelajar yang lemah akan dibimbing supaya menguasai kemahiran
  7. Kebajikan dan keselamatan pelajar sentiasa diberi keutamaan

GURU

  1. Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan mesra, cepat dan memuaskan hati
  2. Kami bersedia bekerjasama dengan semua ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pembelajaran anak mereka
  3. Usaha dan temu bincang dengan ibu bapa/penjaga akan diatur bagi memastikan ibu bapa juga memainkan peranan dalam memimpin anak mereka
  4. Segala urusan pendaftaran akan diuruskan dalam masa 1 jam
  5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran untuk meningkatkan prestasi

IBU BAPA

  1. Memastikan status perkhidmatan staf diberi keutamaan.
  2. Memastikan kejayaan guru dititikberatkan.
  3. Memastikan kebajikan guru dititikberatkan.
  4. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan mengajarmencukupi dan terkini.
  5. Memberi kelonggaran kepada guru mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.
  6. Segala permintaan terhadap alat tulis, bahan p&p akan disediakan secepat mungkin.

STAF SOKONGAN

  1. Memastikan status perkhidmatan staf sentiasa diberi keutamaan
  2. Memastikan kejayaan dan kebajikan staf sokongan dititik beratkan