Sejarah Sekolah
Visi & Misi
Matlamat
Piagam Pelanggan
Pengetua
Lagu Sekolah
Logo Sekolah
Ikrar Pelajar
Hubungi kami
Takwim Sekolah
Majalah 2005


Sejarah Sekolah

SMK Tronoh ditubuhkan pada tahun 1965 dengan dikenali sebagai SMR Tronoh. Pada masa itu sekolah ini telah menumpang di SRJK (C) Chung San selama dua tahun sebelum berpindah ke tapak sekarang, dengan 9 buah kelas pengantar Bahasa Melayu, dua buah kelas pengantar Bahasa Inggeris dan 6 buah kelas peralihan. sekolah ini beroperasi dengan 12 orang guru terlatih dengan oleh Encik Hoy Fatt sebagai pengetua pertama.

Pada tahun 1967, SMR Tronoh telah berpindah ke tapak sedia ada dan mempunyai keluasan tanah 4.449 hektar dan dibina di atas tapak bekas lombong. ia dimuatkan dengan 4 blok bangunan setingkat, sebuah kantin dan tandas. Pada tahun 1960 juga, buat pertama kalinya sekolah telah mengendalikan peperiksaan SRP dan LCE dan dua buah bangunan telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar. Pada tahun 1968 SMK Tronoh mempunyai 7 blok bangunan yang dilengkapi dengan 2 buah makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, koperasi, 22 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan kantin.

Sekolah Kini

Pada tahun 1998, surau sekolah telah dibina di bekas tapak kolam. Bangunan setingkat Blok G yang pada awalnya terlibat dalam projek segera kerajaan yang pada awalnya hanya mempunyai 4 kelas telah disambung pada tahun 2000. Pada tahun yang berikutnya, iaitu 2001, tiga lagi bilik darjah di BlokG telah dibina melalui peruntukan PIBG. Kesemua bilik darjah ini digunakan sepenuhnya pada tahun 2002.

Pada awal tahun 2002 juga pembinaan dua blok bangunan berkembar 4 tingkat dan bengkel Sains Pertanian dibina bersebelahan Blok G. Bangunan ini memuatkan 12 bilik darjah, 3 makmal sains, bilik guru, pejabat, bilik pengurusan, bengkel seni dan bilik mensyuarat.Makmal komputer yang bertempat bersebelahan dengan pejabat lama telah mula dibina pada penghujung tahun 2001. Makmal komputer ini telah diserahkan secara rasmi pada pihak sekolah pada 22 Julai 2002 dan mula beroperasi pada 24 Julai 2002.

Selaras dengan visi sekolah untuk melahirkan "Insan Yang Gemilang" diharapkan SMK Tronoh akan terus berkembang maju dari segi akademik dan sahsiah sejajar dengan perkembangan pada masa kini